Antara air Minerals, RO dan Alkali

BEZA MINERAL, RO DAN ALKALI


FAQ 1 : APAKAH PERBEZAAN PENAPIS AIR MINERAL, RO DAN ALKALI, BOLEH BAGI PENJELASAN?
Menjawap persoalan perbezaan antara penapis MINERAL, RO juga ALKALI. Perbezaan antara ketiga-tiga model penapis air ini adalah ketiga – tiga penapis air ini menggunakan filter katarij yang berlainan untuk menghasilkan air bermineral, air RO dan juga air beralkali
Untuk penerangan lebih lanjut perbezaan antara ketiga tiga penapis air ini adalah :

1 - JENIS PENAPIS AIR MINERAL
Model ini menggunakan Penapisan Nanotrap bagi mengekalkan kandungan mineral semula jadi didalam air
Tahap tapisan filter Nanotrap adalah sehingga 0.01 micron serta dilengkapi teknologi “Electromagnetic Force” yang sangat effektif menyikirkan virus serta bakteria
Sesuai untuk individu yang mementingkan air minuman yang mengandungi kandungan mineral semulajadi dalam air
2- JENIS PENAPIS RO
Menghasilkan Air Tulen (Pure water) iaitu air yang betul-betul bersih  yang bermanfaat untuk membantu menyihatkan organ-organ dalaman manusia terutamanya organ buah pinggang
Sesuai untuk individu pada masa sihat yang mementingkan penjagaan buah pinggang untuk jangka masa panjang
Bagi pesakit yang menghidap masalah berkaitan buah pinggang dan lebih-lebih lagi perlu dialisiskan pada buah pinggang adalah disarankan untuk mengamalkan minum air bersih jenis “Reverse Osmosis” daripada Doktor Pakar
Model RO (Reverse Osmosis) ini menggunakan penapisan air yang paling halus iaitu sehalus 0.0001 micron serta menghasilkan air yang lebih lembut dan lebih ringan diminum

3 - JENIS PENAPIS AIR ALKALI
Satu-satunya model alkali adalah model INCEPTION (CHPE – 250NF). Model ini adalah penapis air Dwi-fungsi yang menggabungkan sistem rawatan air (water purifier) dan sistem ionizer dalam satu produk (2 in 1 produk)
Air Alkali terhasil melalui proses elektrolisis yang menggunakan “Ruthenium Plate” yang menceraikan air bersifat asidik dan air yang bersifat alkali
Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul dimana berdasarkan kajian sel kenser tidak dapat hidup dalam keadaan beralkali
Membantu meneutralkan kadar asid berlebihan dalam badan dan menyikirkan sisa toksin dari dalam badan secara berterusan